MAJLIS IFTAR PERDANA DAN SOLAT HAJAT FPBU

MAJLIS IFTAR PERDANA DAN SOLAT HAJAT FPBU

 

NILAI,14 DISEMBER – Majlis Iftar Perdana dan Solat Hajat Fakulti Pengajian Bahasa Utama yang dianjurkan oleh Nadi Thaqafah dibawah Exco Kepimpinan dan Pembangunan Modal Insan telah berlangsung awal Disember  lalu yang bertempat diruang legar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Majlis melibatkan kakitangan dan mahasiswa tahun 1 hingga 4 Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Sambutan begitu meriah dengan kehadiran lebih 400 mahasiawa yang datang bagi menjayakan majlis tersebut. Majlis tersebut bermula pada jam 6.30 petang bermula dengan pendaftaran kehadiran mahasiswa dan kakitangan seterusnya diteruskan dengan majlis tahlil dan iftar.

Antara pengisian yang telah diadakan seperti iftar beramai-ramai, solat maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan yasin. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara kakitangan dan mahasiswa serta solat hajat sempena peperiksaan akhir yang akan dihadapi oleh mahasiswa pada hujung Disember ini.

Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Dr. Noor Azizi Ismail  yang memberi kata-kata semangat serta motivasi kepada mahasiswa supaya berjaya dalam peperiksaan akhir yang akan dihadapi nanti.