Bengkel Kecemerlangan Akademik dan Majlis Anugerah Dekan FPBU 2016

Nilai, 26 April 2015 – Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) telah menganjurkan Bengkel Kecemerlangan Akademik dan Majlis Anugerah Dekan untuk mahasiswa Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Bengkel Kecemerlangan Akademik telah diadakan pada 23 April 2016, hari Sabtu, jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, manakala Majlis Anugerah Dekan telah diadakan pada keesokan harinya pada jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa FPBU telah menyertai Bengkel Kecemerlagan Akademik yang berlangsung di Dewan Kuliah Sederhana 2.1 ( DKS2.1), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, manakala seramai 86 penerima Anugerah Dekan telah menyertai Majlis Anugerah Dekan yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama (DKU), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama sendiri, Prof. Madya Dr. Noor Azizi bin Ismail.

 

Tujuan program ini diadakan untuk memberikan motivasi kerjaya dan pemantapan jati diri secara tidak langsung mengekalkan kecemerlangan penerima anugerah untuk terus maju dalam pengajian mereka ke tahap lebih tinggi. Sejuta penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang memberi kerjasama baik dalam menjayakan program ini.