KUN ARABIYYAN : PERKASA BAHASA ARAB MELALUI PROGRAM MENTOR- MENTEE

KUN ARABIYYAN : PERKASA BAHASA ARAB MELALUI PROGRAM MENTOR- MENTEE

 


Program mentor mentee yang julung kalinya dianjurkan oleh Exco Akademik dan Intelektual Nadi Thaqafah, Fakulti Pengajian Bahasa Utama dengan kerjasama Konsultan Arabicara bertujuan untuk memberi penekanan dan pemantapan bahasa arab dalam kalangan pelajar FPBU khususnya melalui pelaksanaan secara teori dan praktikal. Program ini disertai oleh 40 mentor daripada tahun 3 FPBU dan mentee daripada pelajar-pelajar tahun 1 FPBU. Program berkala selama 6 minggu ini diberi kuasa sepenuhnya kepada mentor yang dilantik untuk mengatur perjumpaan bersama mentee dan merancang aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan. Pada 21 Oktober 2015, jam 3.00 hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Kuliah Utama FPQS telah dijalankan perjumpaan pertama antara mentor dan mentee. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan program dan mentor, sesi perkongsian daripada ketua mentor, Saudara Muhamad Ammar Bin Abdul Mutalib dan pembentukan kumpulan. Program ini juga bertujuan sebagai platform untuk mahasiswa mengaplikasikan bahasa arab dan komunikasi sekaligus mewujudkan suasana persekitaran bahasa arab dalam kalangan ahli-ahli program di dalam dan luar universiti.