AKEF 2016 Tampil Karisma Kepimpinan Staf, Pelajar dan Alumni FPBU.

Nilai,1 Ogos - Penganjuran kali keempat Anugerah Kecemerlangan Fakulti (AKEF), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) yang berlangsung pada 21 Mei 2016 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dirasmikan oleh Naib Canselor USIM, Yg.Bhg.Prof Dato' Dr. Musa Ahmad. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM, Yg.Bhg.Prof.Dr. Zulkiple Abd. Ghani. Malam yang penuh berprestij yang dianjurkan oleh pihak FPBU dengan kerjasama Nadi Thaqafah  itu mengangkat tema "Night of Elegance" bertujuan memberi pengiktirafan dan meraikan barisan staf, pelajar tahun akhir dan alumni fakulti bagi Sesi Akademik 2015/2016.

Berucap ketika merasmikan  majlis, Yg.Bhg.Prof Dato' Dr. Musa Ahmad berharap kecemerlangan fakulti akan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa demi mencapai objektif USIM yang bertekad menjadikan universiti sebagai pusat rujukan dalam bidang Integrasi Naqli dan Aqli di peringkat serantau, khususnya di negara-negara ASEAN.

Sebanyak 26 anugerah melibatkan dua kategori utama iaitu Anugerah Kualiti Pelajar dan Anugerah Kualiti Staf dipertandingkan dan disampaikan oleh Naib Canselor USIM, Y.Bhg.Prof Dato' Dr. Musa Ahmad dengan diiringi oleh Dekan FPBU, Prof. Madya Dr. Noor Azizi Ismail  selain Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM, Yg.Bhg.Prof.Dr. Zulkiple Abd. Ghani dengan diiringi oleh Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Prestasi FPBU, Dr. Mohammad Najib Jaffar. Pihak fakulti mengucapkan sekalung tahniah kepada para penerima anugerah dalam kalangan staf,pelajar  dan alumni.

 

Barisan peneima anugerah bagi kategori pelajar dan alumni bersama trofi anugerah masing-masing.

 

Pelajar tahun akhir FPBU mengabadikan kenangan bersama pada malam apresiasi AKEF 2016.

 

Barisan ahli jawatankuasa AKEF 2016 bergambar bersama dif kehormat sesudah majlis.