Bengkel Hala Tuju FPBU 2016: Mengorak Langkah ke Hadapan

BENGKEL HALA TUJU FPBU 2016:  MENGORAK LANGKAH KE HADAPAN

Kakitangan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan rentak cemerlang dengan penganjuran Bengkel Hala Tuju FPBU 2016, Ogos lalu. Penganjuran program tahunan ini bertujuan memberi penjelasan kepada kakitangan fakulti mengenai hala tuju dan objektif yang ingin dicapai setiap tahun, di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kakitangan fakulti.

Prof. Madya Dr. Noor Azizi Ismail, Dekan FPBU menjelaskan bahawa bengkel sebegini amat penting agar kakitangan fakulti dapat bersama-sama berkongsi idea bagi memartabatkan USIM secara umumnya, dan FPBU secara khasnya.  “Objektif tahunan FPBU hanya akan dicapai dengan adanya kerjasama yang utuh antara ahli dan sentiasa seiring dengan kehendak semasa”, tambahnya lagi.

Program yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan 50 orang kakitangan fakulti dan ahli keluarga mereka.