BADAN SIHAT, OTAK CERGAS

 

 

NILAI, 17 Ogos 2016 – Fakulti Pengajian Bahasa Utama telah menganjurkan program Klinik Kecergasan Dan Kesihatan bagi kakitangan FPBU bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Najihah bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Program dimulakan dengan sesi penyampaian taklimat dan peserta menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang diselia oleh pihak Pusat Sukan USIM. Program diteruskan dengan penyampaian Taklimat Kesihatan oleh Dr Junaidah dari Pusat Kesihatan Universiti. Majlis bersurai selepas makan tengahari.