PROGRAM KERJASAMA ANTARA KEDUTAAN JEPUN DI MALAYSIA DAN FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA USIM

NILAI, 16 Oktober 2017 – Fakulti Pengajian Bahasa Utama melakar sejarah dan bertuah kerana mendapat penghormatan melakukan program kerjasama melibatkan pihak kedutaan Jepun Di Malaysia. Ketibaan Ms. Etsuko Kurihara, Director of Japan Information Service, Embassy of Japan dan Mr. Koichi Horikawa, Director, Japan Foundation, Kuala Lumpur di sambut oleh Tan Sri Dato’ Prof. Dzulkifli Abdul Razak, selaku pengerusi lembaga pengarah USIM, Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad serta diiringi Dekan FPBU, Prof Madya. Dr. Noor Azizi Ismail dan Dr. Zoraida Mustafa selaku pengarah program. Program International Caligraphy menyaksikan artis seni kaligrafi terkenal dari Jepun, Ms Sisyu menyampaikan ceramah serta melakukan demonstrasi seni kaligrafi yang sangat unik ini. Turut diadakan adalah pameran khat oleh pelajar pelajar USIM. Program ini memberikan pendedahan mengenai budaya Jepun kepada pelajar-pelajar USIM serta warga kakitangan USIM yang berminat. Ia turut meraikan perhubungan diplomatik erat  Malaysia- Jepun melalui perkongsian budaya.