Bengkel Suntingan Format Tesis

//Bengkel Suntingan Format Tesis
Pada 20 Februari 2020 telah berjaya dianjurkan satu bengkel suntingan format tesis yang buat julung kalinya diadakan di USIM bagi melatih penyunting-penyunting format tesis yang berfokuskan kepada tesis-tesis pascasiswazah USIM. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan pentadbiran dan akademik, serta mahasiswa/i USIM yang menyertai bengkel ini. Penceramah ialah En. Saifulnizam Abu Bakar, Pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UITM) cawangan Pulau Pinang. Bengkel tersebut telah diadakan selama empat (4) jam dan telah terlaksana dengan jayanya.
2020-03-03T16:48:31+00:00