Kelayakan Kemasukan

1. Peringkat pengajian Sarjana

Calon yang hendak mengikuti Program Ijazah Sarjana di USIM mestilah mempunyai sekurang-kurangnya salah satu dari kelayakan berikut:

Syarat minimum:-

  • Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang baik dari USIM

 

Atau

 

  • Ijazah sarjana Muda dengan kepujian dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat

 

Atau

  • Mempunyai kelulusan serta pengalaman setara yang diiktiraf oleh Senat.

 

2.  Peringkat Pengajian Doktor Falsafah

 

Calon yang hendak mengikuti Program Doktor Falsafah di USIM mestilah mempunyai sekurang-kurangnya salah satu dari kelayakan berikut:

Syarat minimum:-

  • Ijazah Sarjana dengan kepujian yang baik dari USIM

 

Atau

 

  • Ijazah sarjana dengan kepujian dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat

Atau

  • Mempunyai kelulusan serta pengalaman setara yang diiktiraf oleh Senat.

Atau

 

  • Calon-calon Sarjana yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah untuk menukar program pengajian ke peringkat Doktor Falsafah tertakluk kepada kelulusan  Senat Universiti

 

 

Calon-calon perlu menunjukkan kecekapan di dalam penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dengan menyertakan bukti kecekapan berkenaan.  Calon boleh mengemukakan skor di dalam TOEFL atau IELTS atau MUET atau apa juga ujian yang setara dan diiktiraf ole Senat Universiti.  Calon-calon bagi fakulti Sains dan Teknologi perlu mendapatkan skor TOEFL sekurang-kurangnya 460 (berdasarkan penulisan) atau TOEFL 140 ( berdasarkan komputer) atau band 5 dalam IELTS.  Calon-calon yang telah mendapat tawaran kemasukan tetapi tidak dapat memenuhi syarat kecekapan dalam Bahasa Arab dikehendakki mendaftar dan lulus kursus Bahasa Arab yang ditentukan oleh pihak Universiti.

 

 

Maklumat Lanjut:

Pusat Pengajian Siswazah

Universiti Sains Islam Malaysia

Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

http://www.usim.edu.my/cgs

Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
Tel: 06-798 6753 / 6754 / 6828 Faks: 06-798 6750 / 6755 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.