Sambutan Hari Pendidik 2017

Nilai 24 Mei, - Program Sambutan Hari Pendidik Fakulti Pengajian Bahasa Utama sesi 2017 yang dianjurkan oleh Sekretariat Pelajar Tahun 1 FPBU, Nadi Thaqafah, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) telah dijalankan dengan jayanya bagi menghadiahkan penghargaan yang bermakna buat para pensyarah FPBU.

Kejayaan program ini dapat diukur melalui objektif utama pogram ini yang telah tercapai, iaitu untuk menghargai jasa-jasa para pendidik FPBU yang telah mencurah ilmu dan khidmat bakti kepada para pelajar FPBU tanpa mengenal erti penat mahupun lelah, merapatkan hubungan antara para pendidik dengan mahasiswa dan mahasiswi dan melatih semangat kerjasama antara mahasiswa dan mahasiswi dalam menjayakan sesuatu program yang bermanfaat.

Pada hari kejadian, pelajar-pelajar dari tahun satu hingga tahun tiga yang menghadirkan diri dan terlibat  telah memberikan respon dan sokongan yang positif dalam menjayakan program tersebut.

 Program ini dimeriahkan lagi dengan gimik yang kreatif dan mengujakan serta empat buah ‘booth’ yang menarik telah dibuka sepanjang program ini berlangsung. ‘Booth-booth’ yang disediakan ialah ‘Photobooth’, ‘Khat’, ‘Gifts’ dan gerai jualan makanan.

Program yang meriah dan memberangsangkan ini telah diadakan di Dewan Kuliah Utama (DKU), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM  dan dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Noor Azizi bin Ismail, Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM.

Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
Tel: 06-798 6753 / 6754 / 6828 Faks: 06-798 6750 / 6755 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.