Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat

 

LATAR BELAKANG

Kursus Bahasa Komunikasi (KUBAK) merupakan kursus yang dinaik taraf daripada Kursus Bahasa Arab Komunikasi yang telah dianjurkan oleh FPBU semenjak 2014. Singkatan KUBAK digunakan kerana ia mengekalkan kursus bahasa Arab yang ditawarkan sebelum ini dengan menambah kursus bahasa Mandarin dan Jepun. Kursus Sepanjang Hayat ini menawarkan pengajian bahasa-bahasa utama kepada masyarakat awam yang berminat dalam mempelajari pelbagai bahasa antarabangsa. Kursus ini dilihat sejajar dengan aspirasi FPBU dan USIM dalam memasyarakatkan pengajian bahasa sejajar dengan gagasan Naqli dan Aqli.

                                                                                                                                          

OBJEKTIF

  1. Memenuhi keinginan masyarakat awam untuk mempelajari pelbagai bahasa utama dunia (Arab, Mandarin dan Jepun) sebagai bahasa ketiga/asing.
  2. Menerapkan penghayatan komunikasi sosial dalam kehidupan seharian menggunakan bahasa-bahasa utama (Arab, Mandarin dan Jepun).
  3. Memasyarakatkan pengajian FPBU dalam usaha memperkenalkan dan mengeratkan hubungan USIM dengan masyarakat awam.

 

BUTIRAN KURSUS

Kursus ini dijadualkan setiap hari sabtu (kecuali cuti umum, akan dianjakkan ke minggu seterusnya) untuk jangka masa 10 minggu. Tarikh sesi kursus bagi tahun 2017 adalah seperti berikut:

- Sesi 1

Tarikh        : 25 Feb – 29 April 2017

Hari           : Sabtu

Waktu        : 9 a.m – 12 p.m

Tempat      : USIM, Nilai

- Sesi 2

Tarikh        : 9 Sep – 25 Nov 2017

Hari           : Sabtu

Waktu        : 9 a.m – 12 p.m

Tempat      : USIM, Nilai

 

YURAN KURSUS

Kursus

Yuran

 

-     Kursus Arab 1

-     Kursus Arab 2

-     Kursus Mandarin

RM    500

RM 1,450

RM 2,400

RM 4,700

Pendaftaran Individu

Pendaftaran Berkumpulan (3 orang)

Pendaftaran Berkumpulan (5 orang)

Pendaftaran Berkumpulan (10 orang)

-     Kursus Jepun

RM    600

RM 1,750

RM 2,900

RM 5,700

Pendaftaran Individu

Pendaftaran Berkumpulan (3 orang)

Pendaftaran Berkumpulan (5 orang)

Pendaftaran Berkumpulan (10 orang)

  • Peserta perlu membayar 10% daripada jumlah keseluruhan yuran sebagai pengesahan pendaftaran (wang tidak akan dipulangkan jika berlaku pembatalan).
  • No Akaun BIMB: USIM TIJARAH HOLDINGS SDN BHD 05058010025832.
  • Salinan slip pembayaran perlu dikirim ke email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

 

Pendaftaran online, sila klik >>   Permohonan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat di talian 06-7986753 (Cik Aqilah).

 

 

 

 

 

 

Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
Tel: 06-798 6753 / 6754 / 6828 Faks: 06-798 6750 / 6755 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.