Penarafan Program

Fakulti Pengajian Bahasa Utama telah ditubuhkan pada tahun 2004 dengan pengambilan pelajar sulung bagi Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi pada sesi akademik 2005/2006. Fakulti ini  ditubuhkan bertujuan untuk menghasilkan graduan berpengetahuan, mahir dan profesional dalam bidang pengajian bahasa. Selain itu, diharapkan pengajian bahasa dapat dan membuka ruang kepada penyelidik dan pendidik untuk mengkaji, menyelidik dan menyebarkan pengetahuan yang berkaitan seterusnya membolehkan USIM melahirkan sumber manusia yang bersifat global, berkeyakinan dan kompetitif. Penguasaan pelbagai bahasa membolehkan pelajar mengkaji dan mengetahui budaya dan tamadun, dan melahirkan sebuah bangsa yang toleran, dinamik, berwawasan dan berjiwa besar sesuai dengan hasrat dan harapan kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berdaya saing.

Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
Tel: 06-798 6753 / 6754 / 6828 Faks: 06-798 6750 / 6755 Email : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
 
Dikemaskini pada: 15 Disember 2017