PROGRAM TAUTAN MAHABBAH FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA BERSAMA PELAJAR TAHUN SATU SESI 2016/2017

Pada 23 September 2016, Biro Akademik dan Intelektual, Nadi Thaqafah Fakulti Pengajian Bahasa Utama telah manganjurankan program Tautan Mahabbah dan Majlis Pelancaran”Mentor-Mentee” . Program ini melibatkan 215 orang pelajar Tahun Satu  daripada Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Tujuan program ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar FPBU Tahun Satu mengenai hal ehwal universiti dan fakulti serta pemantapan penguasaan Bahasa Arab pelajar melalui bimbingan mentor.