USIM: KE ARAH MEMPERKASA JIWA SUPERB

HULU LANGAT, 13 NOVEMBER – Fakulti Pengajian Bahasa Utama(FPBU) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Akademik 2016 bagi mahasiswa - mahasiswi Fakulti Pengajian Bahasa Utama yang berlansung pada 12 hingga 13 November 2016 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad bertempat di Nur Lembah Pangsung, Hulu Langat , Selangor.

Seramai 30 orang peserta terpilih dan 10 orang urusetia yang merupakan mahasiswa-mahasiswi tahun 2 dan tahun 3 FPBU serta 2 orang kakitangan FPBU yang terlibat dengan penganjuran telah menyertai bengkel tersebut. Program ini diadakan bagi memotivasikan para peserta agar lebih berusaha dan berdedikasi dalam melakar kejayaan.

Slot pengisian dimulakan dengan penyampaian berkenaan mengenali potensi diri melalui analisa tulisan tangan yang disampai oleh motivator Puan Salleha binti Kasim dan diteruskan lagi dengan ceramah motivasi “Cinta: Memperkasa Jiwa Superb”. Para peserta turut berpeluang menyertai aktiviti outdoor menarik iaitu jungle trekking, water confident dan pond rafting yang menguji keyakinan diri para peserta di samping memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain.

Menurut Dr Zulkipli Md Isa, Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Prestasi FPBU), tujuan program ini diadakan untuk memberikan kesedaran dan motivasi terbaik kepada mahasiswa untuk terus menggapai kecemerlangan USIM serta boleh membentuk diri menjadi lebih baik dan menjadi hamba Allah yang terbaik. “Saya berharap program ini memberi manfaat kepada para pelajar yang menyertainya serta dapat meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswa apabila pulang daripada Bengkel Pemantapan Akademik ini", katanya dalam majlis penutup semalam.