Iftar Jamaie FPBU erat silaturrahim

Nilai- Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) telah berjaya menganjurkan Iftar Jamaie pada 20 Jun 2017. Program tahunan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan yang turut hadir bersama ahli keluarga.

Shahrul Hafifi, salah seorang Jawatankuasa Pelaksana melahirkan rasa syukur kerana program ini berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, program ini dapat diteruskan lagi kerana adanya sokongan dan sumbangan kakitangan FPBU itu sendiri”, katanya lagi.  

Program dimulakan dengan majlis khatam al-quran dan sedikit pengisian daripada Dr. Zulkifli, Timbalan Dekan FPBU.

“Program sebegini adalah sisi lain yang penting dalam organisasi kerana kebanyakan waktu dihabiskan untuk bekerja”, tegas beliau.

Beliau turut menyarankan agar menggunakan ruang ini bagi mengenali sesama kakitangan dan ahli keluarga dengan lebih erat lagi.

Program diakhiri dengan solat taraweh berjemaah di Kompleks Islam Universiti Sains Islam Malaysia.