BENGKEL HALA TUJU FAKULTI 2017

 

PORT DICKSON, 10 September 2017 – Kakitangan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) telah berjaya melaksanakan Bengkel Hala Tuju Fakulti di Glory Beach Resort di sini dari 9 hingga 10 September 2017. Seramai 50 orang kakitangan telah hadir dan memberikan komitmen untuk menjayakan bengkel ini.

Tujuan utama bengkel ini diadakan ialah bagi memperkasa Pelan Strategik FPBU serta menyelaraskannya dengan Pelan Strategik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2017 – 2020.

Bengkel ini juga buat pertama kali menerapkan budaya Kampus Barakah seperti penganjuran Qiamullail dan Solat Berjemaah setiap waktu solat. Ia memberi gambaran bahawa Fakulti menyokong penuh budaya Kampus Barakah yang diterajui oleh USIM.

Majlis penutup dirasmikan oleh Dekan FPBU, Profesor Madya Dr Noor Azizi Ismail, yang mana beliau menekankan dan memberi fokus supaya semua kakitangan dapat memberikan 100% komitmen dalam memastikan Fakulti mencapai kecemerlangan. Semua kakitangan berpuas hati secara keseluruhannya bagi penganjuran bengkel kali ini.