Majlis Graduasi Program Pensijilan USIM-BIMB

NILAI, 8 Mac 2017 – Seramai 38 orang kakitangan BIMB telah berjaya menamatkan pengajian program Pensijilan USIM – BIMB dan diraikan dalam Majlis Graduasi di Dewan Tuanku Canselor USIM.

Ini merupakan graduan ketiga dan keempat bagi program ini sejak dimulakan pengambilan pertama pada tahun 2015.

Naib Canselor USIM, Profesor Dato Dr Musa Ahmad, berkata dalam ucapan aluannya, “Kursus ini merupakan platform terbaik untuk memaksimumkan kesejajaran hala tuju USIM dan BIMB selaku institusi pendidikan dan kewangan yang berteraskan Islam.

Turut hadir Pengarah Urusan BIMB, Datuk Seri Zukri Samat, dan Dekan FPBU, Profesor Madya Dr Noor Azizi Ismail.

Pada majlis ini, BIMB turut menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM10,000 kepada Tabung Kebajikan Pelajar USIM bagi membiayai pendidikan pelajar asnaf fakir dan miskin.