Aluan Dekan

 Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam Satu Malaysia

Saya mengucapkan selamat datang ke laman sesawang Fakulti Pengajian Bahasa Utama dan mengalu-alukan kepada semua untuk melayari laman sesawang ini. Laman sesawang Fakulti Pengajian Bahasa Utama memberikan peluang kepada semua untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang fakulti, struktur organisasi, program akademik yang ditawarkan, aktiviti-aktiviti dan informasi terkini fakulti dan universiti.

Di kesempatan ini juga saya ingin menyeru kepada seluruh warga FPBU agar berganding bahu demi merealisasikan visi dan misi USIM untuk menjadi Pusat Rujukan Serantau dan Antarabangsa bagi Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli seterusnya menjadi institusi yang dihormati, dirujuk dan relevan serta sentiasa dekat di hati dan minda masyarakat.

Akhir kata, dengan kewujudan laman sesawang ini, diharapkan ianya mampu untuk memberikan manfaat dan maklumat kepada warga fakulti, universiti, pengunjung khususnya kepada keseluruhan masyarakat  dan orang awam.

Sekian,

"BERILMU, BERDISIPLIN, BERTAQWA"

Salam hormat,

 

(Prof. Madya Dr. Noor Azizi b. Ismail)

Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama

Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
Tel: 06-798 6753 / 6754 / 6828 Faks: 06-798 6750 / 6755 Email : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
 
Dikemaskini pada: 15 Disember 2017