Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian

LATAR BELAKANG PROGRAM

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian adalah program yang telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dilaksanakan oleh USIM pada tahun 2007. Untuk layak dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian, pelajar dikehendaki mengikuti keperluan, peraturan dan ketetapan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian memerlukan 138 jam kredit dan dilaksanakan selama lapan semester (empat tahun) secara sepenuh masa.

 Syarat Kemasukan

Lulus SPM/Setaraf dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran termasuklah mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia;
  • Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi;

Mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut;

  • Pendidikan Islam;                                                       

  • Tassawur Islam;
  • Pendidikan Syariah Islamiyyah;
  • Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah;

Satu (1) mata pelajaran lain; dan

  • Lulus Bahasa Inggeris pada peringkat tersebut.

Memiliki mana-mana kelayakan berikut:

  • Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid; atau
  • Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut:

- Bahasa Arab/Syariah/Usuluddin; dan

- Satu (1) mata pelajaran lain.

  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

Telah memenuhi keperluan MUET sekurang-kurangnya Tahap 1.

Selain daripada kelayakan akademik, sikap positif, aktif, cemerlang dalam kepimpinan dan pengetahuan am adalah diberi keutamaan.

 

maklumat lanjut hubungi : http://bpa.usim.edu.my/

Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
Tel: 06-798 6753 / 6754 / 6828 Faks: 06-798 6750 / 6755 Email : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.