Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian


LATAR BELAKANG PROGRAM

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi merupakan program yang pertama ditawarkan di Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Pengambilan pertama bagi program ini adalah seramai 27 orang yang kini telah bergraduasi. Tempoh pengajian bagi program ini adalah selama empat tahun (8 semester) sepenuh masa, maksimum 12 semester. Satu semester meliputi 14 minggu pengajaran Melalui kaedah pengkuliahan dan latihan industri. Untuk layak dianugerahkan ijazah, calon perlu mengambil dan lulus sejumlah kursus yang telah ditetapkan iaitu sekurang – kurangnya 149 unit kursus minumum.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Melahirkan siswazah yang mahir dan memiliki pengetahuan bahasa Arab, Komunikasi dan asas pengajian Islam yang kukuh bagi menghadapi cabaran dan tuntutan masa.
  • Memberi pendedahan kepada pelajar tentang isu utama dalam komunikasi yang sangat penting dalam bidang profesionalisme menerusi penguasaan bahasa Arab.
  • Memastikan graduan menguasai pelbagai kemahiran ilmu pengetahuan dan bahasa Arab sesuai dengan tuntutan dan cabaran semasa.
  • Memberi kefahaman mendalam kepada pelajar tentang teori dan konsep yang berkaitan dengan komunikasi supaya dapat diaplikasi dalam pelbagai aktiviti bahasa Arab.

SYARAT KEMASUKAN

Memenuhi syarat am Universiti serta lulus SPM/Setaraf dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran termasuklah mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia;
  • Bahasa Arab Tinggi;
  • Pendidikan Syariah Islamiyyah/Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah/Tasawwur Islam;
  • Mana-mana dua (2) mata pelajaran lain; dan
  • Lulus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik pada peringkat tersebut;

Memiliki mana-mana kelayakan berikut:

  • Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid; atau
  • Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Arab; dan Syariah/Usuluddin; atau
  • Mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

Telah memenuhi keperluan Malaysian University English Test (MUET) bagi pelajar STPM, STAM dan Diploma bagi tahun semasa.Selain daripada kelayakan akademik, sikap positif, aktif, cemerlang dalam kepimpinan dan pengetahuan am adalah diberi keutamaan.

maklumat lanjut: http://bpps.usim.edu.my

 

 

 

 

 

 

Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
Tel: 06-798 6753 / 6754 / 6828 Faks: 06-798 6750 / 6755 Email : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.