Latar Belakang

  

 

Fakulti Pengajian Bahasa Utama telah ditubuhkan pada tahun 2004 dengan pengambilan pelajar sulung bagi Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi pada sesi akademik 2005/2006. Fakulti ini  ditubuhkan bertujuan untuk menghasilkan graduan berpengetahuan, mahir dan profesional dalam bidang pengajian bahasa. Selain itu, diharapkan pengajian bahasa dapat dan membuka ruang kepada penyelidik dan pendidik untuk mengkaji, menyelidik dan menyebarkan pengetahuan yang berkaitan seterusnya membolehkan USIM melahirkan sumber manusia yang bersifat global, berkeyakinan dan kompetitif. Penguasaan pelbagai bahasa membolehkan pelajar mengkaji dan mengetahui budaya dan tamadun, dan melahirkan sebuah bangsa yang toleran, dinamik, berwawasan dan berjiwa besar sesuai dengan hasrat dan harapan kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berdaya saing.

Kedekanan FPBU:

1. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Hj. Husin (2004 - 2006)

2. Prof. Madya Dr. Rosni Samah (2006 - 2009)

3. Prof. Madya Dr. Bhasah Abu Bakar (2009 - 2012)

4. Dr. Noor Azizi Ismail (2012-kini)

Kejayaan dan Pencapaian FPBU:

  • Naib Johan - Debat Inter Fakulti Piala Naib Canselor 2009, 2010, 2011 (Bahasa Arab)
  • Johan - Choral Speaking Bahasa Arab Anjuran Jabatan Perpustakaan
  •  Johan - Pertandingan Busana Muslimah Anjuran Seketeriat Naib Yang Dipertua Pelajar
  •  Naib Johan Program Berketarampilan Anggun (PEKA)