Online MUET Preparatory Workshop

//Online MUET Preparatory Workshop

Pada 25 Jun dan 26 Jun 2020, PBPI telah berjaya menganjurkan program Online MUET Preparatory Workshop. Untuk pertama kalinya, bengkel ini telah diadakan secara atas talian melalui Google Meet. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan terhadap format dan teknik menjawab soalan sebenar peperiksaan MUET, memberikan latihan mengikut silibus MUET dan meningkatkan kefahaman dan kecekapan pelajar terhadap penggunaan Bahasa Inggeris. Seramai 97 orang peserta yang terdiri daripada orang awam serta mahasiswa/i USIM yang menyertai bengkel ini. PBPI telah menjemput dua tenaga pengajar untuk bengkel ini iaitu Encik Divakaran A/L Kunjan dan Puan Shahirah Sulaiman. Bengkel ini terbahagi kepada empat sesi iaitu sesi 1(Listening) dan sesi 2 (Reading) pada hari Sabtu manakala sesi 3 (Speaking) dan sesi 4 (Writing) pada hari Ahad. Bengkel tersebut telah berjalan dengan jayanya.

2020-08-07T09:29:58+00:00