Bengkel FRGS Grant Proposal: Write & Revise telah diadakan pada 15 Januari 2025 bagi membimbing penyelidik dalam penyediaan cadangan geran penyelidikan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS). Bengkel ini memberi tumpuan kepada teknik penulisan cadangan penyelidikan yang berkesan, pemurnian dokumen, serta strategi meningkatkan peluang kelulusan geran. Dengan bimbingan pakar yang diundang khas, peserta memperoleh panduan berguna dalam merangka proposal yang berkualiti dan kompetitif.