GISO FPBU KE TURKIYE 2025

//GISO FPBU KE TURKIYE 2025

Program Global Islamic Student Outreach (GISO) Turkiye 2025 yang diadakan pada 19 Februari hingga 26 Februari 2025 melibatkan 36 orang pelajar program Bahasa Arab dengan Komunikasi di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Azlan. Program ini berlangsung selama seminggu dan telah meliputi aktiviti-aktiviti ilimiah seperti perkongsian pengetahuan bersama pelajar dari Hayrat, petukaran budaya bersama pelancong di sekitar Hagia Sofia sekaligus menelusuri sejarah binaan bersejarah yang terletak di sekitar kota Istanbul seperti Hagia Sofia, Blue Mosque, Beyazit Camii dan sebagainya. Natijahnya, program GISO memberi manfaat yang luarbiasa terhadap pengalaman pelajar dan mampu membuka minda pelajar untuk menerokai ilmu pengetahuan yang lebih meluas dari pelbagai aspek ibarat kata pepatah Melayu “jauh perjalanan, luas pemandangan”.

2025-03-19T15:03:50+00:00