Makluman Pelajar Latihan Industri

//Makluman Pelajar Latihan Industri

 

MAKLUMAN

SEMUA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI, SARJANA MUDA BAHASA ARAB DAN KOMUNIKASI (SMBAK),FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA (FPBU), UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2019/2020 (A192)

 

 

Dalam situasi ancaman wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak pengurusan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), ingin memaklumkan kepada pelajar dan penyelia berkenaan pelaksanaan Latihan Industri (LI) bagi sesi A192. Pihak fakulti telah memutuskan beberapa perkara seperti berikut:

 

  1. KATEGORI A

 

Iaitu pelajar yang dikehendaki bekerja walaupun dalam tempoh PKP atau bekerja dari rumah (work from home/ WFH) atau secara penggiliran di organisasi yang dikategorikan sebagai sektor berkepentingan (essential sector) dan sektor yang tidak berkepentingan (non-essential sector), sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, tempoh LI adalah KEKAL seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran.

 

Dengan itu, tarikh lawatan LI oleh Penyelia Universiti bermula pada 10 Mac 2020 sehingga 20 Mei 2020. Lawatan LI ini akan menggunakan kaedah atas talian sama ada panggilan video/ Skype/ Telegram/ WhatsApp/ Microsoft Teams/ Zoom atau kaedah-kaedah lain yang dipersetujui bersama oleh pelajar dan penyelia.

 

  1. KATEGORI B

 

Iaitu bagi pelajar yang ditangguhkan atau diberhentikan oleh majikan. Tempoh LI pelajar perlu mencapai sekurang-kurangnya 70% dari jumlah keseluruhan tempoh LI, iaitu 14 minggu.

 

Pelajar boleh menyambung semula LI di organisasi tersebut atau memilih untuk bekerja dari rumah (WFH) sekiranya dipersetujui oleh majikan. Penyelia Universiti akan mempertimbangkan tempoh penuh LI atau 70% daripada tempoh Latihan Industri dengan mengambil kira keperluan program (tertakluk kepada situasi). Namun, sekiranya tidak dipersetujui oleh majikan, penggantian tempoh LI adalah dengan penulisan projek ilmiah atau kajian kes yang bersesuaian dengan bidang dan isu semasa berkaitan program.

 

  1. PEMBENTANGAN AKHIR

 

Pembentangan akhir adalah seminggu sebelum tamat LI atau (bergantung kepada penyelia masing-masing) menggunakan kaedah dalam talian sama ada panggilan video/ Skype/ Telegram/ WhatsApp/ Microsoft Teams/ Zoom atau kaedah-kaedah lain yang dipersetujui bersama oleh pelajar dan penyelia.

 

  1. PENGHANTARAN LAPORAN AKHIR

 

Pelajar Kategori A diminta untuk menghantar laporan akhir kepada Penyelia masing-masing selewat-lewatnya pada 19 Jun 2020.

 

Pelajar Kategori B diminta untuk menghantar laporan akhir kepada Penyelia masing-masing selewat-lewatnya pada 17 Julai 2020.

 

Penghantaran Laporan Akhir boleh melalui email atau pos (softcopy atau hardcopy) tertakluk kepada perbincangan bersama penyelia dan pelajar.

 

  1. PENILAIAN ALTERNATIF

 

Bagi pelajar yang tidak memenuhi keperluan 70%, tempoh LI bagi program SMBAK dan untuk kes-kes khas sahaja (tertakluk kepada kebenaran fakulti) satu penilaian alternatif akan dilaksanakan kepada pelajar LI berkenaan. Penilaian Alternatif yang dicadangkan adalah seperti: Penulisan Artikel, Kertas Kerja Kebolehpasaran pelajar berkaitan Bahasa Arab dan Komunikasi, Penulisan Kreatif (Contoh: Berita, cerita, dialog, pengalaman belajar Bahasa Arab) atau lain-lain tugasan dan aktiviti yang sesuai (tugasan perlu ditulis dalam bahasa Arab). Tarikh akhir penghantaran penilain alternatif ini adalah selewat-lewatnya pada 17 Julai 2020.

 

  1. MELENGKAPKAN MINGGU (20 MINGGU)

 

Namun begitu, bagi kes pelajar yang perlu menyambung LI sehingga tamat tempoh LI (20 minggu), atas keperluan majikan masing-masing, pelajar boleh meneruskan LI dan memaklumkan kepada Ketua Program. Pelajar perlu menyediakan laporan akhir dan menyerahkan kepada penyelia pada 21 Ogos 2020.

 

 

RINGKASAN TARIKH-TARIKH PENTING

LI PROGRAM SARJANA MUDA BAHASA ARAB DAN KOMUNIKASI, SEM 2, 2019/2020

 

PERKARA KATEGORI A KATEGORI B

 

Definisi Pelajar yang dikehendaki bekerja walaupun dalam tempoh PKP atau bekerja dari rumah (work from home/ WFH) atau secara penggiliran di organisasi yang dikategorikan sebagai sektor berkepentingan (essential sector) dan sektor yang tidak berkepentingan (non-essential sector), sepanjang tempoh PKP dilaksanakan Pelajar yang ditangguhkan atau diberhentikan oleh majikan, tempoh LI pelajar perlu mencapai sekurang-kurangnya 70% dari jumlah keseluruhan tempoh LI, iaitu 14 minggu.
Tarikh Mula semula LI Tiada 1 Jun 2020
Tarikh Tamat LI 19 Jun 2020 17 Julai 2020
Tarikh Pembentangan LI

(atas talian/video atau kaedah-kaedah lain yang sesuai)

 15-19 Jun 2020

(Seminggu sebelum tamat LI)

13-17 Julai 2020

Seminggu sebelum tamat LI

 

Tarikh Serahan Laporan Akhir 19 Jun 2020 17 Julai 2020
Tarikh akhir Penghantaran Penilaian Alternatif (Penggantian tempoh LI) 17 Julai 2020
Tarikh Akhir Kemasukan Gred 28 Ogos 2020

 

Pelajar dinasihatkan agar sentiasa menghubungi Penyelia Universiti masing-masing untuk mengetahui makluman terkini. Segala makluman dan surat rasmi kepada majikan akan dikeluarkan oleh Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI), selaku PTJ yang bertanggungjawab menyelaraskan LI pelajar USIM.

 

Pihak fakulti mengharapkan agar pelaksanaan LI berjalan dengan lancar dan setiap pelajar akan dapat menamatkan LI dengan jayanya.

 

 

 

PROF. MADYA DR NURKHAMIMI ZAINUDDIN

DEKAN

FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA (FPBU)

5 MEI 2020

 

2020-05-06T00:01:58+00:00