AKTIVITI
Pihak pengurusan PBPI sedang merangka halatuju pusat serta masih dalam proses memperkemas struktur pelaksanaan program di bawah kelolaan pusat. Namun, PBPI yang masih lagi di peringkat awal operasi, telah berjaya memulakan beberapa program seperti di bawah.
Kursus ‘Intensive Language Programme’ (ILP) 2019
ILP 2019 telah bermula pada 11 Mac 2019 dan akan berakhir pada 7 May 2019. Pelajar yang terlibat merupakan pelajar antarabangsa yang menerima ‘conditional offer’ untuk kemasukan ke Program Sarjana Muda pelbagai fakulti di USIM bagi sesi akademik 2019/2020 (A191). Terdapat 8 pelajar yang mengikuti kelas intensif Bahasa Inggeris dan 4 orang untuk kelas intensif Bahasa Arab. Para pelajar ini akan menduduki peperiksaan MUET dan UAPT bagi melayakkan mereka mendaftar sebagai pelajar USIM.
‘Language Summer Camp’ (LSC) 2019
Seramai 19 orang pelajar sekolah menengah berserta 2 orang guru pengiring dari tiga buah sekolah di Thailand mengikuti program LSC 2019 yang bermula dari 1 – 15 April. Sekolah yang terlibat adalah Sasnupatam School, Azizstan Foundation School dan Islam Wittiyanukroh School. Majlis perasmian pembukaan LSC 2019 telah berlangsung pada 2 April 2019 bertempat di Kolej Permata Insan, USIM. Majlis perasmian penutup pula berlangsung pada 12 April 2019 di Executive Lounge, Canselori yang disempurnakan oleh Naib Canselor USIM. Terdapat 9 orang pelajar yang mengikuti kelas Bahasa Inggeris manakala 10 orang lagi mengikuti kelas Bahasa Arab. Selain pembelajaran menarik di dalam kelas, mereka turut menjalani aktiviti luar seperti berbasikal, permainan ‘Scrabble’, tayangan filem dan lawatan sekitar Nilai, Melaka dan Putrajaya. LSC 2019 telah mendapat kerjasama daripada pihak USIM Alamiyyah.
Bengkel MUET
Bengkel MUET telah diadakan pada 4 Julai 2019 bersamaan 1 Zulkaedah 1440H di Dewan Kuliah Fakulti 2.1 yang terletak di bangunan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Seramai 30 orang peserta yang telah mengikuti bengkel tersebut yang terdiri daripada 7 orang pelajar Intensive Language Programme dan 22 orang pelajar USIM serta orang awam. Bengkel tersebut bermula pada jam 9 pagi sehingga 5 petang. PBPI telah menjemput En K Rata Mohan sebagai penceramah dan beliau merupakan seorang tenaga pengajar yang berpengalaman kerana telah menceburi bidang ini selama 37 tahun. Beliau juga merupakan penanda kertas MUET sejak tahun 2001. Bengkel MUET ini telah mendapat sambutan dan berjalan dengan lancar.
Bengkel Suntingan Format Tesis
MUET Preparatory Workshop
Pada 22 sehingga 23 Februari 2020 telah berjaya dianjurkan program MUET Preparatory Workshop yang bertujuan untuk memberikan pendedahan terhadap format dan teknik menjawab yang sebenar sebelum pelajar-pelajar menduduki peperiksaan MUET, memberikan latihan yang intensif kepada jenis-jenis soalan MUET secara praktikal/ ’hands-on’, dan meningkatkan kefahaman dan kecekapan pelajar terhadap penggunaan Bahasa Inggeris. Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada orang awam serta mahasiswa/i USIM yang menyertai bengkel ini. Penceramah ialah Encik Divakaran A/L Kunjan, salah seorang panel peperiksaan MUET yang berpengalaman. Bengkel tersebut telah diadakan selama dua (2) hari dan telah terlaksana dengan jayanya.
Program 'Effective Communication Skills'
Pada 13 – 17 Julai 2020 yang lalu Pusat Bahasa & Pendidikan Islam (PBPI), FPBU telah menjalankan program ‘EFFECTIVE COMMUNICATION SKILLS’ for Squadron Officer Course bersama pihak Institut Kepimpinan & Pengurusan (INSKEP), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sendayan. Kursus selama 5 hari ini telah berlangsung di Pangkalan Udara Sendayan dan dihadiri oleh 30 peserta yang terdiri daripada pegawai TUDM yang sedang berkhidmat sebagai juruterbang jet pejuang, juruterbang pesawat angkut, juruterbang helikopter, di samping pegawai trafik udara, pegawai perolehan, pegawai kesihatan serta anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU). Objektif utama program ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran Pengucapan Awam dalam kalangan perserta kursus. Antara pengisian kursus termasuklah topik seperti Standard English Pronunciation, Spoken Account of Self Introduction, Clarification & Agreement serta Effective Oral Communication in Impromptu, Informative and Persuasive speeches. Kursus ini telah berjalan dengan jayanya dan telah mendapat maklum balas positif daripada para peserta.
………………………………………………………………………………………………………………
On 13th – 17th July 2020, the Centre for Languages & Islamic Education (PBPI), FPBU conducted the ‘EFFECTIVE COMMUNICATION SKILLS’ programme for Squadron Officer Course, in collaboration with the Institute of Leadership & Management (INSKEP), Royal Malaysian Air Force (RMAF), Sendayan. The 5-day course was held at the Sendayan Air Base, and was attended by 30 participants consisting of RMAF officers serving as fighter jet pilots, transport pilots, helicopter pilots, as well as air traffic controller, procurement and health officers, together with and the special operations force of the RMAF (PASKAU). The main objective of this program is to improve Public Speaking skills among course participants. The course includes topics such as Standard English Pronunciation, Spoken Account of Self Introduction, Clarification & Agreement as well as Effective Oral Communication in Impromptu, Informative and Persuasive speeches. The course has been successful and has received positive feedback from the participants.
Online MUET Preparatory Workshop
Pada 25 Jun dan 26 Jun 2020, PBPI telah berjaya menganjurkan program Online MUET Preparatory Workshop. Untuk pertama kalinya, bengkel ini telah diadakan secara atas talian melalui Google Meet. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan terhadap format dan teknik menjawab soalan sebenar peperiksaan MUET, memberikan latihan mengikut silibus MUET dan meningkatkan kefahaman dan kecekapan pelajar terhadap penggunaan Bahasa Inggeris. Seramai 97 orang peserta yang terdiri daripada orang awam serta mahasiswa/i USIM yang menyertai bengkel ini. PBPI telah menjemput dua tenaga pengajar untuk bengkel ini iaitu Encik Divakaran A/L Kunjan dan Puan Shahirah Sulaiman. Bengkel ini terbahagi kepada empat sesi iaitu sesi 1 (Listening) dan sesi 2 (Reading) pada hari Sabtu manakala sesi 3 (Speaking) dan sesi 4 (Writing) pada hari Ahad. Bengkel tersebut telah berjalan dengan jayanya.
UNIT SUNTINGAN DAN TERJEMAHAN
Unit Suntingan & Terjemahan baru sahaja mula beroperasi secara rasmi dan membuka perkhidmatan bermula awal Januari 2019. Unit ini terdiri daripada beberapa orang staf akademik dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dari pelbagai bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Jepun dan Bahasa Perancis. Para penyunting dan penterjemah kami mempunyai pengalaman yang luas dalam melakukan kerja penterjemahan dan penyuntingan untuk pelbagai pihak.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Dr. Rahimah binti Saimin melalui email rahimahsaimin@usim.edu.my (Penyelaras Unit Suntingan dan Terjemahan) atau pbpi.fpbu@usim.edu.my
Berikut adalah senarai para penterjemah dan penyunting di PBPI, FPBU.
No. | Nama | Kepakaran Bahasa |
1. | PM. Dr. Mohammad Najib Jaffar | Bahasa Arab |
2. | En. Hamadallah Mohammad Salleh Kenali | Bahasa Arab |
3. | Dr. Lubna Abd Rahman | Bahasa Arab |
4. | Dr. Wan Azura Wan Ahmad | Bahasa Arab |
5. | Dr. Zalika Adam | Bahasa Arab |
6. | Pn. Sulhah Ramli | Bahasa Arab |
7. | Dr. Hazlina Abdullah | Bahasa Inggeris |
8. | Dr. Sarifah Nurhanum Syed Sahuri | Bahasa Inggeris |
9. | Pn. Norhaili Massari | Bahasa Inggeris |
10. | Pn. Norhana Binti Abdullah | Bahasa Inggeris |
11. | Pn. Zarina Ashikin Zakaria | Bahasa Inggeris |
12. | Pn. Siti Salmiah Muhammad | Bahasa Inggeris |
13. | Pn. Rozlina Ramli | Bahasa Inggeris |
14. | Pn. Siti Nur Baiin Che Harun | Bahasa Inggeris |
15. | Pn. Suo Yan Ju | Bahasa Mandarin |
16. | Dr Zoraida Mustaffa | Bahasa Jepun |
17. | En. Hamzah Hamsan | Bahasa Perancis |
MUAT TURUN:
BORANG KHIDMAT TERJEMAHAN/ SUNTINGAN
KADAR HARGA KHIDMAT TERJEMAHAN/ SUNTINGAN
TERMA DAN SYARAT KHIDMAT TERJEMAHAN/ SUNTINGAN
PROSES ALIRAN KERJA TERJEMAHAN/ SUNTINGAN
Sebarang pertanyaan boleh hubungi: