PENDAFTARAN & SESI TA’ARUF PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM) DPPPI, FPBU

//PENDAFTARAN & SESI TA’ARUF PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM) DPPPI, FPBU

Pada 21 Mac 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan Utama, FPBU telah berlangsung Hari Pendaftaran & Sesi Ta’aruf Pelajar Baharu Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) Kohort 13 Sesi 2024/2025. Seramai 102 orang pelajar baru telah mendaftar pada hari tersebut. Urus setia hari pendaftaran ini terdiri daripada pensyarah dan staf pentadbiran FPBU serta dibantu oleh pelajar-pelajar program pendidikan FPBU. Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Jabatan Bendahari USIM turut hadir membantu urusan pembayaran yuran pelajar, begitu juga Bahagian Keselamatan USIM juga turut hadir membantu proses penyediaan Kad Matrik Pelajar dan juga permohonan pelekat kenderaan pelajar. Pada sebelah petang bermula jam 2.30 petang, sesi taklimat dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Zainur Rijal Abdul Razak, Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), diikuti oleh Ucapan Penyelaras Akademik DPPPI, YBrs. Dr. Mardhiah Yahaya dan Ucapan Penyelaras DPPPI Kohort-13, YBrs. Dr. Siti Rosilawati Ramlan. Sesi taklimat diteruskan lagi dengan Taklimat Hal Ehwal Pengajian Pascasiswazah USIM oleh Pn. Nur Adlina Addenan, Timbalan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Siswazah, Pusat Pengurusan Akademik USIM dan Taklimat Pengenalan Sistem iPPS2 & Pendaftaran Kursus DPPPI A242 oleh En. Amir Nadzim Kaharudin, Pegawai Teknologi Maklumat SDEC. Sesi taklimat diakhiri dengan serahan Kad Matrik oleh Bahagian Keselamatan USIM kepada semua pelajar yang telah mendaftar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan Hari Pendaftaran & Sesi Ta’aruf Pelajar Baharu Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) Kohort 13 Sesi 2024/2025.

2025-05-15T17:27:58+00:00