PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO

//PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO

Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo sempena sambutan 20 tahun FPBU, yang berlangsung dari 24 Januari hingga 8 Februari 2025. Setelah semua penyertaan dikumpulkan dan logo dihantar oleh para peserta, pengumuman pemenang diadakan secara siaran langsung pada 15 Februari 2025 melalui TikTok Live @nadithaqafah pada pukul 10 pagi.

Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian, manakala pengumuman pemenang berlangsung di Dewan Utama, FPBU USIM. Program ini bertujuan menghimpunkan kreativiti warga FPBU serta mencungkil bakat, memupuk daya kreativiti, dan mempererat semangat kebersamaan melalui penghasilan logo yang melambangkan pencapaian, identiti, dan aspirasi fakulti sempena ulang tahun ke-20.

2025-03-18T17:21:40+00:00