NILAI, 18 Januari 2026 – Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan program bertajuk Turath Hayyah pada 18 Januari 2026 (Ahad), bermula jam 9.00 pagi hingga 2.30 petang.
Program ini berlangsung di Dewan Utama, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM. Penganjuran program ini dikendalikan oleh pelajar Kohort 13, Diploma Pengajian Siswazah Pendidikan (Pendidikan Islam).
Program ini bertujuan mengangkat dan menghayati khazanah ilmu turath serta memperkukuh kefahaman peserta terhadap warisan keilmuan Islam.