Ridauddin Ruzuki, New president for Nadi Thaqafah 2018/2019 session

//Ridauddin Ruzuki, New president for Nadi Thaqafah 2018/2019 session

NILAI, 10 OKT – Muhammad Ridauddin Ruzuki, Mahasiswa Tahun Tiga, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), dilantik Presiden Nadi Thaqafah yang baharu bagi sesi 2018/2019 menggantikan Ahmad Fansury Ramly.

Pelantikan tersebut diumumkan bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Nadi Thaqafah yang diadakan di Dewan Kuliah Utama (DKU) Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Presiden Nadi Thaqafah yang baharu, Muhammad Ridauddin Ruzuki, 21 berkata, “Pemilihan Nadi Thaqafah pada kali ini menampilkan barisan mahasiswa berjiwa kepimpinan untuk melakarkan hadaf (matlamat) fakulti, serta memandu mahasiswa FPBU khususnya, untuk terus cemerlang dan terkehadapan,”ujarnya.

Menurutnya lagi, aspek pengurusan masa adalah cabaran kepada setiap pimpinan, dan perlu diatasi melalui perancangan yang baik dan bijak supaya tidak mempengaruhi prestasi akademik.

“Belajar jangan tinggal, tapi organisasi itu tanggungjawab kita juga,” ujarnya.

Beliau juga berpesan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang memegang sesuatu jawatan, akademik dan organisasi perlulah diseimbangkan.

Manakala Mantan Presiden Nadi Thaqafah sesi 2017/2018 Ahmad Fansury Ramly, 22, berpesan kepada pemegang-pemegnag tampuk Kepimpinan Nadi Thaqafah yang baharu, supaya menjalankan amanat dengan baik dan ikhlas.

Ujarnya lagi, “Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia ini setiap permulaan ada pengakhiran, setiap yang baru akan menjadi lama, setiap pertemuan ada perpisahan dan setiap yang hidup akan menemui kematian.

“Itulah hakikat kehidupan di dunia ini, sudah menjadi fitrah manusia menginginkan apa yang diimpikan akan tetapi tidak semua apa yang kita hajatkan akan kita perolehi dan tidak semua perkara yang tidak disukai itu buruk untuk kita” katanya sewaktu berlangsungnya majlis.

Malah beliau turut berpesan kepada mahasiswa terutamanya mahasiswa tahun satu untuk mempelajari Bahasa Arab dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta mewujudkan suasana berkomunikasi menggunakan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar.

Mesyuarat Agung Tahunan Nadi Thaqafah merupakan mesyuarat yang diadakan secara terbuka bagi membentangkan laporan bertujuan melaporkan gerak kerja dan kejayaan-kejayaan Nadi Thaqafah sesi 2017/2018.

2019-01-23T16:25:03+00:00