Seremban, 28 Februari 2026 – Warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Noor Azizi Ismail sempena persaraan beliau sebagai Pensyarah Universiti DS14 di Fakulti Pengajian Bahasa Utama.
Beliau yang telah berkhidmat sejak 1 Ogos 1995 menamatkan perkhidmatan pada 28 Februari 2026 selepas lebih tiga dekad menabur bakti dalam bidang akademik dan pembangunan universiti. Sepanjang tempoh tersebut, beliau banyak menyumbang kepada kecemerlangan fakulti serta pembangunan ilmu dan mahasiswa.
Warga universiti turut mendoakan agar beliau dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.