Satu sesi perkongsian ilmiah bertajuk “Stop Doing ‘Cosmetic CQI’: Mulakan CQI yang Betul & Berkesan” telah diadakan pada 23 Februari 2026 (Isnin), jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari secara hibrid.
Program anjuran Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) ini terbuka kepada semua pensyarah dan menawarkan pengiktirafan mata CPD.
Sesi ini dikendalikan oleh Dr Khairul Nabilah Zainul Ariffin, pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, USIM. Beliau berkongsi tentang panduan serta amalan terbaik dalam melaksanakan Continuous Quality Improvement (CQI) secara lebih sistematik dan berimpak tinggi, sekali gus mengelakkan pendekatan bersifat “cosmetic” semata-mata.