Mentor, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) melancarkan Pertandingan Video Kreatif Anta Tamam bermula semester 2 2018/2019. Ia sebagai langkah mempromosikan Mentor FPBU yang menjadi sumber rujukan bagi pelajar jika menghadapi sesuatu isu atau masalah berkaitan akademik, emosi, sosial dan sebagainya. Ia juga bertujuan meningkatkan daya kreativiti para pelajar di dalam penghasilan video pendek.
Penyertaan hanya dibuka kepada pelajar FPBU bermula tahun 1 sehingga 4. Kumpulan yang diketuai oleh Nurul Jannah Mohd Lotfi, pelajar tahun 1 FPBU dinobatkan sebagai juara. Video yang berdurasi 3 minit 20 saat itu boleh ditonton di YouTube berjudul Anta Tamam: A Mentor A Day Keeps the Problem Away atau klik pada link berikut https://youtu.be/9qQeucDA3bk