Program Gotong-Royong FPBU 2026 Jayakan Misi Persekitaran Bersih dan Selamat

//Program Gotong-Royong FPBU 2026 Jayakan Misi Persekitaran Bersih dan Selamat
NILAI – Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menganjurkan Program Gotong-Royong FPBU 2026 yang berlangsung pada Jumaat, 18 September 2026.
Mengangkat tema “We Are United”, program ini telah menghimpunkan staf dan pelajar FPBU bagi menyatukan tenaga dalam usaha mewujudkan persekitaran kampus yang bersih, selamat, dan indah.
Aktiviti seawal jam 8.00 pagi itu dimulakan dengan perhimpunan para peserta di lobi FPBU sebelum menikmati sarapan pagi. Program diteruskan dengan ucapan daripada Dekan serta taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pengarah Program bagi memberikan arahan pembahagian tugas.
Para peserta mula menjalankan aktiviti pembersihan dan keceriaan di kawasan yang ditetapkan bermula jam 8.30 pagi, sebelum berehat seketika pada jam 10.30 pagi dan menyambung semula aktiviti hingga program tamat sepenuhnya pada jam 12.30 tengahari.
Penganjuran program ini bukan sahaja dapat memelihara kebersihan persekitaran fakulti, malah berjaya mengeratkan silaturahim dan semangat kerjsama antara staf dan pelajar FPBU.
2026-09-25T08:29:36+00:00