KOTA SERIEMAS – Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menganjurkan Majlis Sanjungan Budi bertempat di Country Club House, Kota Seriemas pada Rabu, 23 September 2026.
Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang itu diadakan khas bagi memberi setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa, sumbangan serta inspirasi yang diberikan oleh tiga tokoh akademik fakulti, iaitu Profesor Madya Dr. Hj. Sulaiman Ismail, Dr. Ahmad Murad Abdul Halim, dan Profesor Madya Dr. Asma Abdul Rahman.
Atur cara majlis dimulakan dengan ketibaan staf dan tetamu jemputan, disusuli perarakan masuk ahli JKPF serta ucapan aluan pengerusi majlis. Majlis diteruskan dengan bacaan doa, ucapan Dekan, tayangan persembahan montaj, serta persembahan khas daripada pelajar.
Turut mencuri tumpuan ialah sesi ucapan khas daripada ketiga-tiga tokoh yang diraikan, diikuti dengan acara penyampaian hadiah serta sesi bergambar sebagai kenang-kenangan. Majlis kemudiannya diakhiri dengan jamuan makan pada jam 4.00 petang sebelum bersurai sepenuhnya jam 5.00 petang.
Penganjuran majlis ini menjadi lambang penghargaan FPBU terhadap dedikasi dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para pensyorah berkenaan sepanjang perkhidmatan mereka.