Sparkles Moment in Aceh

//Sparkles Moment in Aceh

Aceh, 25 Julai 2019 – Seramai 21 mahasiswa tahun 3, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan disertai oleh dua pegawai pengiring telah menimba pengalaman berharga bersama masyarakat di Aceh dalam program Global Islamic Students Outreach (GISO) di bumi Aceh, Indonesia pada 8 hingga 12 Julai lalu.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan nama USIM di peringkat antarabangsa dan untuk mengeratkan hubungan di antara USIM dan warga Sekolah Fajar Hidayah, Aceh. Selain itu, adalah untuk melahirkan mahasiswa yang berilmu, berketerampilan, berakhlak, berwawasan dan berdaya saing dalam semua aspek bidang.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sini, antaranya adalah mengajar bahasa Arab dan Inggeris kepada pelajar di sana, gotong-royong membersihkan sampah di sekitar kawasan sekolah, menanam pokok, dan pelbagai aktiviti lagi.

Pengarah GISO, Nasr Amiruldin berkata, Malaysia dan Indonesia merupakan negara serumpun namun terdapat  perbezaan terutama dari segi bahasa, budaya, pemakanan dan lain-lain lagi.

“Saya tidak menyesal memilih Aceh sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan kerana pelbagai ilmu telah saya perolehi sepanjang berada di sana,” katanya lagi.

Asmuni Zumrah selaku Pegawai Pengiring mengakui bahawa Aceh mendidik kita untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.

“Kehidupan di Aceh sangatlah daif jika dibandingkan dengan Malaysia. Terdapat pelajar yang terpaksa menempuh 12 jam  perjalanan laut dan darat hanya untuk menimba ilmu di sekolah ini,” tambah beliau.

Program ini  disambut baik oleh pengurusan Sekolah Fajar Hidayah dan berharap ianya dapat diteruskan pada masa akan datang.

Klik untuk tonton: https://youtu.be/1l2fnfemqow

Disediakan oleh:

Hafiah Sazali

2019-08-13T16:08:35+00:00