AUDIT SIRIM

//AUDIT SIRIM

Fakulti Pengajian Bahasa Utama telah menjalani AUDIT PENSIJILAN SEMULA SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD. (ISO 9001:2015,MS ISO 1900:2014, ISO/IEC 27001:2022) pada 26 Februari 2025 sebagai sebahagian daripada proses penilaian kualiti dan pematuhan terhadap piawaian ISO. Audit ini bertujuan memastikan sistem pengurusan akademik dan operasi fakulti memenuhi standard yang ditetapkan. Sepanjang sesi audit, panel penilai menilai dokumentasi, proses kerja, serta keberkesanan pelaksanaan sistem yang diamalkan oleh fakulti. Keputusan audit ini akan menjadi asas penambahbaikan berterusan dalam meningkatkan kecemerlangan akademik dan pengurusan fakulti.

2025-03-18T17:29:56+00:00