14 Julai 2026 – Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) telah menerima kunjungan delegasi daripada Universitas Islam Negeri Kiai Haji Achmad Siddiq (UIN KHAS) Jember, Indonesia bagi mengadakan sesi lawatan rasmi dan majlis menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent, LoI) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), FPBU.
Majlis ini merupakan langkah awal ke arah memperkukuhkan jaringan kerjasama akademik antara kedua-dua institusi, khususnya dalam bidang pendidikan, penyelidikan, mobiliti pelajar dan pensyarah serta pelbagai program yang memberi manfaat bersama.
Diharapkan pemeteraian LoI ini menjadi asas kepada pelaksanaan kerjasama strategik yang dapat meningkatkan kecemerlangan akademik dan memperluaskan jaringan antarabangsa FPBU pada masa hadapan.