12 Mac 2026 – Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran FPBU 2026/1447H di Surau FPBU sebagai penutup Program Tadarus Al-Quran yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan.
Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan FPBU ini menghimpunkan warga fakulti dalam suasana penuh penghayatan bagi meraikan kejayaan menamatkan bacaan al-Quran secara berjemaah. Program ini turut menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan warga fakulti.
Semoga penganjuran majlis ini menjadi pemangkin kepada amalan membaca dan menghayati al-Quran secara berterusan serta membawa keberkatan kepada seluruh warga FPBU.