MUET Preparatory Workshop

//MUET Preparatory Workshop

Pada 22 sehingga 23 Februari 2020 telah berjaya dianjurkan program MUET Preparatory Workshop yang bertujuan untuk memberikan pendedahan terhadap format dan teknik menjawab yang sebenar sebelum pelajar-pelajar menduduki peperiksaan MUET, memberikan latihan yang intensif kepada jenis-jenis soalan MUET secara praktikal/ ’hands-on’, dan meningkatkan kefahaman dan kecekapan pelajar terhadap penggunaan Bahasa Inggeris. Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada orang awam serta mahasiswa/i USIM yang menyertai bengkel ini. Penceramah ialah Encik Divakaran A/L Kunjan, salah seorang panel peperiksaan MUET yang berpengalaman. Bengkel tersebut telah diadakan selama dua (2) hari dan telah terlaksana dengan jayanya.

2020-03-03T17:28:06+00:00