NILAI, 15 Januari 2026 – Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Proposal Geran Penyelidikan pada 15 Januari 2026 (Khamis), bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Seminar, FPBU.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan panduan kepada para pensyarah serta penyelidik dalam menyediakan proposal geran penyelidikan yang berkualiti dan berdaya saing. Program ini akan dikendalikan oleh moderator, Prof. Madya Dr. Yuslina Mohamed, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi FPBU.