NILAI, 11 Februari 2026 – Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan program kesihatan bertemakan “Ramadan Fit & Glow” bersempena Bulan Kualiti 2026.
Program yang membawa slogan “Jom Sihat!” ini akan berlangsung pada Rabu, 11 Februari 2026, jam 7.30 pagi bertempat di Lobi FPBU, USIM. Menariknya, sarapan turut disediakan kepada para peserta.
Inisiatif ini dianjurkan oleh Unit Jaminan Kualiti Fakulti 2026 bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga fakulti sempena kedatangan Ramadan. Program ini berjaya memupuk semangat kecergasan, kebersamaan dan kesejahteraan komuniti kampus.